Syarikat Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) bermula sebagai syarikat fesyen pada 2022, namun pantas berkembang ke dunia permainan dalam talian. Menyedari potensi besar industri FiveM berasaskan GTA V, pasukan yang diketuai MelRomeo dan Chiko melancarkan ABRP (Adik Beradik Role Play) pada 2023, yang menampilkan budaya tempatan serta sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu.

Muzammil Mudzakir (MelRomeo) dan Ketua IT ABKL, Mohd Hilmi Azli
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ABKL, Muzammil Mudzakir atau MelRomeo, ABRP dibina untuk membina komuniti dan pengalaman yang autentik. Walaupun ada yang mencadangkan penggunaan Bahasa Inggeris, ABKL yakin Bahasa Melayu tetap mampu menarik pemain antarabangsa dengan bantuan terjemahan masa nyata. Misi syarikat adalah menyediakan pengalaman permainan berkualiti tinggi, manakala visinya ialah melakar nama di peringkat global.

Streamer tetap, Jaa Suzuran
Kejayaan ABRP terserlah apabila server itu pernah mencapai ranking pertama dunia di platform FiveM.net. ABKL kini menguruskan tiga server utama iaitu AdikBeradik East, AdikBeradik West dan AdikBeradik Mobile yang disokong komuniti Discord lebih 100,000 ahli keseluruhannya.
Bagi MelRomeo, fokus utama ABKL ialah terus memperkenalkan ciri baharu agar komuniti kekal seronok bermain tanpa membandingkan diri dengan pesaing luar.

Streamer tetap, Harris Alif
Selain itu, teknologi kecerdasan buatan (AI) turut mempercepatkan pembangunan server, membolehkan ciri baharu disiapkan dalam masa kurang sebulan.
ABKL juga mengekalkan jenama fesyen AB Clothing, menjadikannya antara syarikat tempatan pertama yang berjaya menggabungkan dunia digital dan fizikal secara harmoni. Pada sesi media Ahad lalu, streamer tetap ABKL seperti Dy Pablo, Adam Hilman, ChipNiBoss, Jaa Suzuran dan Harris Alif turut hadir memeriahkan acara.

setahun yang lepas