Seorang bapa di Vietnam hancur lebur hatinya apabila sedar apa yang dilakukan oleh anaknya yang berumur 10 tahun.
Kanak-kanak itu membengkokkan kesemua 50 M.2 NVME SSD Samsung sekaligus membuatkan M.2 itu tidak boleh digunakan lagi.
Kejadian ini dikongsi di satu laman Facebook Vietnam Build PC Thật Dễ. Status itu kini dibuang dari Facebook.
“Ayah yang paling sedih dalam dunia. Buat masa ini RAM, kad grafif, SSD, CPU semuanya naik harga. Lebih laju dari emas.”

Foto: Lowyat / Build PC Thật Dễ
SSD itu mempunyai model Samsung PM991a dan merupakan generasi lama dan ketiga PCIe Gen3.
Tetapi dengan kekurangan stok DRAM dalam dunia, NVMe SSD 512GB masih mempunyai harga.
Setiap satu SSD ini bernilai lebih kurang RM326 dan apabila didarabkan dengan 50, jumlah kehilangannya ialah lebih kurang RM16,3000.
Jumlah storan untuk kesemua SSD pula ialah 25,600 GB.
Dalam ciapan itu, bapanya mengatakan marah sahaja tidak mencukupi.

Foto: Build PC Thật Dễ
Sedikit berita baik, menurut Tom’s Hardware’s, SSD itu masih boleh berfungi. Semua model ini mempunyai konsentrasi modul di satu bahagian.
Jika PCB tidak patah atau rosak, ayahnya masih boleh menyelamatkan storan itu.

setahun yang lepas