Harga RAM baru-baru ini telah meningkat dengan sangat mendadak dalam hanya dua bulan.
Semua ini bermula apabila banyak syarikat yang mahu memberi fokus kepada AI. Terlalu banyak pelantar AI yang ada dan memerlukan RAM yang tinggi.
Harga mula naik selepas OpenAI membuat perjanjian dengan dua syarikat besar cip memori iaitu Samsung dan SK hynix.

Foto: Lucky Falcon
Hal ini sekaligus membuatkan OpenAI mendahului dunia dengan 40% output buat RAM dengan penggunaan 900,000 keping DRAM.
Malah ada beberapa kedai telah membuang label harga RAM kerana harganya sentiasa berubah-ubah.
Apa impak harga RAM meningkat?
Gamers tanpa mengira peranti bakal terkena tempias kenaikan harga ini.
Semua peranti yang digunakan dari telefon pintar, PC, konsol dan lain-lain menggunakan RAM. Kenaikan ini sekaligus akan meningkatkan harga kesemua peranti yang ada.
Menurut laporan di TomsHardware beberapa RAM sebelum ini telah meningkat sehingga 500%.
Tidak semua RAM mempunyai harga yang mahal tetapi RAM yang biasa seperti 8GB-16GB juga semakin meningkat ke harga merisaukan.
Semalam, Micron salah satu syarikat terbesar dunia yang membangunkan RAM telah mengatakan mereka kini telah berhenti menjual RAM bagi konsumer dan hanya akan memberi fokus kepada penjualan kepada perniagaan besar sahaja.
Mungkin ini antara sebab mengapa Steam Machine masih tidak mengumumkan harga konsol mereka kerana perubahan harga dalam barangan yang digunakan.
Bukan sahaja RAM, malah SSD juga semakin lama semakin mahal.
Pengguna biasa bakal menghadapi masalah apabila mereka mahu membeli peranti baru disebabkan harga yang semakin meningkat.

setahun yang lepas