Dua hari lepas Apple mengumumkan aplikasi Apple Games sebagai permulaan untuk menyelaraskan kesemua permainan video di peranti mereka.
Aplikasi ini akan di pra-muat turun di Homescreen bersama-sama setiap iPhone, iPad, dan MacBook Pro yang baharu dengan kemaskini OS terbaru.
Menurut Apple, aplikasi ini akan menjadi tempat anda mengumpulkan permainan video.
![]()
![]()
App Store masih akan wujud seperti biasa tetapi Game Center akan menjadi usang dan tidak digunakan lagi.

Foto: Apple
Aplikasi ini juga akan mempunyai beberapa tab untuk memastikan pengalaman permainan video anda mudah di kesemua peranti Apple.
Dalam Apple Games akan mempunyai tab Home, Apple Arcade, Library, Play Together dan fungsi mencari permainan video yang lain. Tambahan lagi, aplikasi ini akan menjadi hab baru buat Apple Arcade.

Foto: Apple
Leaderboards Game Center akan diubah sepenuhnya dan diintegrasikan kedalam aplikasi baru ini melalui fungsi Play Together.
Apple juga mengatakan mereka akan memastikan Mac akan mempunyai lebih banyak permainan video baharu.

Foto: Apple
Anda juga boleh menggunakan apa-apa alat kawalan yang anda mahu untuk Apple Games.
Cyberpunk 2077 juga akan dilancarkan untuk Mac tahun ini. Crimson Desert dan InZOI juga dikatakan akan dilancarkan untuk Mac.
Antara permainan video yang akan datang termasuk Blue Prince, Cronos: The New Dawn, Architect: Land of Exiles, Lies of P: Overture, Hitman: World of Assassination, EVE Frontier, Where Winds Meet, Sniper Elite 5, dan lain-lain lagi.
Aplikasi Games ini akan hadir dalam fasa ujian melalui Apple Developer Program.

setahun yang lepas