Arcadia dan Kramm berhasrat untuk menyertai skuad kebangsaan Filipina (SIBOL) di Sukan SEA 2025

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Ketua Jurulatih Selangor Red Giants (SRG), Michael Bocado (Arcadia) dan pemain EXP Laner SRG, Mark Rusiana (Kramm) menyimpan hasrat untuk bermain di bawah skuad kebangsaan Filipina (SIBOL) di Sukan SEA Thailand tahun depan.

Dalam satu temubual bersama tiebreakertimes, Arcadia mengatakan dia berharap dapat diberi peluang melatih pasukan kebangsaan, SIBOL.

“Saya berharap diberi peluang untuk melatih skuad kebangsaan. Pastinya saya akan mengambil peluang itu,” katanya.

“Kalau saya diberikan peluang untuk cuba bermain di bawah SIBOL, saya akan ambil peluang itu,” kata Kramm pula dalam temubual berasingan.

Kedua-dua individu ini mempunyai hubungan yang rapat dengan SRG namun pastinya jika diberi peluang, sesiapa saja akan memilih untuk mewakili negara kelahiran mereka.

Sebelum ini, SRG terpaksa akur di tempat ketiga kejuaraan dunia M6 selepas tewas di tangan Team Liquid ID.

Meskipun begitu, pada tahun ini sahaja, mereka berjaya merangkul banyak kejuaraan antaranya Mid Season Cup (MSC) x EWC, juara MPL MY berturut-turut dan juara kejuaraan dunia IESF.

Di M6 pula, Filipina meneruskan kegemilangan mereka dengan Fnatic ONIC PH dinobatkan sebagai juara, menandakan kekuatan Filipina yang menjuarai kejuaraan siri M itu untuk lima kali berturut-turut sejak edisi kedua.

Sumber rujukan: tiebreakertimes.com.ph

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+