SRG tanam impian untuk ‘4 peat’, muat naik poster ‘4 The Win’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selangor Red Giants OG Esports (SRG OG) kini menanam hasrat untuk menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY buat kali keempat.

Dalam satu posting di Instagram, mereka memuat naik sebuah poster ‘4 The Win’ sekaligus menunjukkan komitmen dan keinginan mereka untuk sekali lagi melakar sejarah di musim terakhir MPL MY sebelum ia melangkah ke format francais dipertingkatkan pada tahun depan.

Poster itu menunjukkan cincin kemenangan dari musim ke-13, ke-14, ke-15 dan satu lagi jari belum disarungkan untuk musim ke-16.

Rekod mereka nyata menyerlah di musim liga apabila berjaya mendapatkan kedudukan nombor satu di ranking.

Dua wakil Malaysia iaitu juara dan naib juara MPL MY S16 akan bertanding di kejuaraan dunia MLBB, M7 di Jakarta Indonesia bermula Januari depan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

RELATED NEWS

+