Arenz pemain pertama Malaysia layak ke winner bracket EVO Japan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Ahmad “Arenz” Zaharin adalah nama yang tidak asing lagi buat pemain-pemain Tekken di Asia Tenggara.

Dia juga antara pemain paling lama berkecimpung dalam dunia e-sukan Tekken.

Arenz juga pernah menempa nama di beberapa pertandingan Tekken di rantau Asia Tenggara.

May be an image of 1 person, speaker, lighting and text that says "타! ROHTO EVO JARAN 2024 ٥ NC"

Baru-baru ini dia berjaya menjadi pemain Malayia pertama yang layak ke Winners Bracket untuk Evolution Championship Series (EVO) Jepun 2024 dengan mengalahkan Pikohan Kouki yang menggunakan Lee.

EVO adalah pertandingan fighting games paling lama dan besar dalam dunia.

Kejohanan ini juga membawa pelbagai fighting games  seperti TEKKEN 8, Street Fighter 6, Grandblue Fantasy Versus: Rising, Under Night In-Birth II Sys:Celes, Mortal Kombat 1, Guilty Gear Strive, The King of Fighters XV dan Street Fighters III: 3rd Strike.

Pihak MGO berpeluang untuk menemu-bual Arenz selepas kejayaan ini:

1. Bagaimana perasaan jadi rakyat Malaysia pertama ke winner bracket EVO Japan 2024?

Sebagai pemain lama Tekken dari Tekken 1 lagi, saya rasa ini satu pencapaian tertinggi di mana belum ada lagi pemain Malaysia yang berjaya melepasi EVO ke Winner Bracket.

2. Apa persediaan Arenz untuk EVO Japan 2024 kali ini? (Latihan, belajar gameplay msusuh, meta)

Sebenarnya, saya kurang persediaan dan tidak membeli Tekken 8 semasa pelancaran rasmi. Ketika itu, saya sangat sibuk dengan kerja sehinggalah 19 Februari saya dihadiahkan Tekken 8 di Steam oleh Aliffa & Bryan Lim. Saya hanya bermain Tekken 8 lebih kurang 135 jam sahaja.

Ketika itu Eddy Gordo masih belum ada sebagai DLC kerana Eddy Gordo dikeluarkan pada 5 April tahun ini. Sebelum itu saya belajar karakter baru iaitu Azucena tetapi saya tidak yakin untuk menggunakannya dalam tournament kerana jiwa saya lebih kepada Capoeira style.

Saya juga ingin berterima kasih kepada kawan saya iaitu Zur Amin dan Adib Syah kerana banyak memberikan tips kepada saya sepanjang acara EVO Japan 2024.

Semasa berlatih, saya lebih memberi fokus kepada menggunakan Eddy Gordo di pertandingan memandangkan dia mempunyai banyak gerakan baru dan susah untuk dipelajari dan berlawan di peringkat tertinggi.

Saya juga dikenali sebagai Arenz The King of Parry kerana pergerakan parry move ini merupakan salah satu kelebihan saya yang tiada pada pemain lain. Dengan kelebihan ini saya berjaya mengalahkan counter hit low Lee No.1 Jepun sehingga dia mati akal.

Saya berumur 40 tahun dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari semua karakter. Saya terpaksa membahagikan masa saya yang sangat terhad diantara tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk isteri dan 2 orang anak, senaman gim, Tekken 8 dan tidur.

Sepanjang pengamatan saya, tiada lagi pemain Professional Tekken Player di EVO Japan 2024 yang aktif membina badan dan bagus dalam permainan kecuali saya dan Jeondding kerana ia sangat sukar untuk dilakukan.

3. Apa Karakter TEKKEN 8 wajib untuk Arenz semasa di EVO Japan 2024?

Tekken 8 Eddy Gordo Release Date Revealed Alongside Stylish New Gameplay  Trailer | TechRaptor

Karakter yang wajib saya belajar untuk tournament EVOJ24 adalah Eddy Gordo.

4. Sedikit pendapat Arenz mengenai arena semasa fighting games di Malaysia? (ada pembaikan atau tidak yang diperlukan, lebih ramai orang atau kurang) samada untuk TEKKEN atau fighting games secara keseluruhan.

Arena fighting games di Malaysia terutamanya Tekken 8 semakin berkembang kerana meta yang sudah berubah dan mudah untuk pemain baru belajar.

Pertandingan dan perjumpaan untuk Tekken 8 di Malaysia sudah semakin banyak dan semakin menarik untuk pemain baru setai dan belajar bersama otai-otai.

Tambahan lagi dari Arenz, peluang ini tidak akan kesampaian tanpa Johnny Tan selaku Ketua Penaja dan sokongan Malaysia Fighting Games Community (MyFGC) kerana memberi peluang kepadanya untuk merasai pengalaman pertandingan besar fighting game di EVO JAPAN 2024.

RELATED NEWS

+