Pemain Tekken elit “Joe Budden” dibuang dari bertanding beberapa saat selepas menang

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pemain-pemain profesional Tekken 8 untuk Community Effort Orlando 2025 (CEO) telah membawa banyak permainan pelik yang penuh huru-hara.

Baru-baru ini, seorang pemain bernama Joe Budden dengan cosplay Dr. Doom telah mengalahkan profesional Tekken Bilal 2-0 hanya untuk terus dibuang dari pertandingan beberapa saat selepas kemenangan.

Pemain ini telah dikenali ramai dalam komuniti Tekken sebagai pemain yang bermain sangat agresif dengan Claudio sehingga membuatkan ramai orang mengamuk dengannya.

Foto: Bandai Namco

Joe membuktikan strategi ini menjadi walaupun untuk pemain-pemain veteran terhebat di CEO dengan mengalahkan Bilal yang datang dari Pakistan.

Bilal pula bukan calang-calang pemain tetapi kalah di tangan Joe dengan taktik Claudio Joe yang sangat sukar untuk dibaca.

Lebih menghiburkan Bandai Namco Esports sendiri membuat klip mengongsikan kejadian tisu ini.

Sejurus selepas kemenangan itu, Joe mengeluarkan tisu gulung dari begnya dengan perkataan “Ultra Soft” iaitu sangat lembut sebagai taunting kepada komuniti Tekken yang dianggap Joe sangat berhati tisu.

Sebab sebenar yang membuatkan dia dibuang adalah selepas kemenangan itu dia berlari ke belakang pentas dan membaling tisu tersebut kepada pengulas.

Kelakuan ini telah melanggar peratuan pertandingan dan pemain atau mana-mana orang tidak dibenarkan ke belakang pentas melainkan orang yang bekerja sahaja.

Sudah semestinya kejadian ini bakal menjadi sejarah buat Tekken 8.

RELATED NEWS

+