Beberapa akaun dikenakan ban sempena hari jadi Rafayel kerana ‘mesej kejian’ di Love and Deepspace

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Beberapa akaun pengguna dikenakan ban dalam Love and Deepspace, sebuah game otome yang popular dalam kalangan pemain perempuan.

Ini berikutan ‘mesej kejian’ ditulis mereka bagi mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Rafayel, karakter love interest dalam permainan mudah alih itu. 

Mesej seperti “Happy Death Day” dan “Moron” antara yang perkataan yang menyebabkan akaun ini dikenakan ban. Walaupun pemain tersebut mungkin hanya trolling, namun ia dianggap keterlaluan oleh Infold tanpa kompromi.

Melalui acara ini yang akan berakhir dua hari lagi, Rafayel menyambut hari jadinya pada hari ini (Khamis) dan pemain boleh menghias kek hari jadi dan menghantar pesanan yang tidak boleh melebihi 30 patah perkataan.

Terdapat juga memori lima bintang masa terhad yang menunjukkan Rafayel mengajak pemain (MC) berenang di dalam laut. Malah, buat pertama kalinya, Infold mengadakan rerun untuk banner tahun lepas, iaitu memori Rafayel menyambut hari jadi juga bagi edisi 2024.

Love and Deepspace adalah sebuah game gacha dari Infold Games yang menawarkan pelbagai interaksi antara pemain dan karakter ‘husbando’ kegemaran mereka antaranya Caleb, Sylus, Rafayel, Xavier dan Zayne.

RELATED NEWS

+