Infold Games baru-baru ini mengumumkan kolaborasi dengan Resorts World Sentosa bagi mengadakan pameran pop-up pertama untuk Love and Deepspace di Singapura. Ia juga bersempena kemaskini terbaru Love and Deepspace 4.0 (Witnessed by Deepspace).
Di pameran itu, anda boleh merakam sesi bergambar sambil melihat husbando kegemaran seperti Xavier, Zayne, Rafayel, Sylus dan Caleb melalui life-size standee di tangga ave8, Resorts World Sentosa. Anda boleh mula berkunjung ke ave8 dari 18 Julai hingga 31 Ogos bermula jam 11 pagi hingga 7 malam.
Namun, pameran pop-up hanya akan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad bermula 11 pagi hingga 7 malam sahaja.
Pengunjung juga berpeluang menyertai sesi cabutan bertuah khas. Barangan rasmi akan diberikan kepada 50 pemenang bertuah termasuk hadiah utama iaitu penginapan satu malam di Hotel Ora. Anda hanya perlu menyiapkan tugasan di pameran itu dan layak untuk sertai cabutan bertuah.
Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai ke Resorts World Sentosa untuk rasai pengalaman ini!

setahun yang lepas