Bekas pemain pro Fortnite pecah rekod dunia tembakan kill paling jauh dalam Fortnite

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MrSavage, bekas pemain profesional Fortnite berjaya memecah rekod dunia dengan melakukan kill dari jarak paling jauh dalam Fortnite.

Foto: MrSavage

Tembakan yang dibuat itu adalah sejauh 1km sekaligus mendapat Guinness World Record.

MrSavage mencatatkan rekod ini pada 22 Mac lepas di YouTube videonya bertajuk “I DID THE LONGEST ELIMINATION IN GAMING (IN REAL LIFE).

Cara yang dilakukan olehnya adalah dengan menjarakkan monitornya sejauh mungkin.

Dia bermula dengan jarak 30cm sehingga berjaya membunuh musuh pada jarak 3m, 15m dan 500m.

Pada jarak 500m dia menggunakan teropong untuk mendapat kill seterusnya.

Foto: MrSavage YouTube

Dia kemudian menjauhkan diri dari monitornya sejauh 1.161.31m.

Selepas beberapa percubaan dari siang sehingg malam dia akhirnya berjaya mendapatkan kill dari jarak paling jauh dalam permainan itu.

Menurut Red Bull, dia terpaksa menggunakan monitor 32 inci dan teleskop yang boleh melakukan zoom 100x.

RELATED NEWS

+