Fortnite akhirnya telah mengambil tindakan atas penggunaan emote-emote yang boleh digunakan untuk perkara tidak senonoh.
Kesemua emote ini telah dibuang kerana ramai pemain menggunakan emote-emote ini untuk meragakan aksi dan perkara tidak senonoh dan berbaur seksual terutamanya ketika menggunakan skin-skin dari francais tertentu.

Foto: Epic Games
Emote seperti “poki” dan “party hips” yang selalunya digunakan bersama “bring it around” dan “ride the pony” adalah antara emote yang selalu digunakan oleh pemain Fortnite.
Gooning has been vaulted in Fortnite ❌
Players can no longer use Emotes when a nearby player is using the Party Hips or Poki Emotes, likely to prevent less-than-family-friendly Emote combinations in modes like Party Royale. Epic Games has not commented on the matter. pic.twitter.com/TrRgvjtote
— Fort Byte News (@FortByteNews) August 28, 2025
Buat orang yang tidak tahu, ‘gooning’ bermakna satu perbuatan dan keadaan dimana seseorang itu berasa sangat teransang.
Masalah ini bermula apabila beberapa kolaborasi Fortnite memasukkan pergerakan menari dari beberapa video musik dan kebanyakkannya sangat berbaur lucah.
Banyak video-video berbaur lucah telah diaksikan oleh pemain Fortnite terutamanya ketika menggunakan skin Chun Li dan skin Elastigirl dari The Incredibles.
“Freaky” emotes have been patched to no longer be usable next to other emotes
byu/Deceptiveideas inFortNiteBR
Permainan ini mempunyai pemain dari pelbagai kalangan umur dan sepatutnya dijaga kerana majoritinya adalah pemain di bawah umur.
they never should’ve added sabrina to fortnite LMFAOOO😭😭😭 pic.twitter.com/pwlvmBV2k5
— 𝗱𝗮𝗻𝗻𝘆🫧💚 (@beyoncegarden) April 9, 2025
Artis seperti Sabrina Carpenter juga telah dikecam oleh ramai pemain Fortnite kerana mempunyai skin di dalam permainan itu.
Sabrina Carpenter adalah antara penyanyi yang mempunyai banyak lagu dan persembahan yang mempunyai tarikan seks.
Masalah sebegini juga sedang dikekang oleh Roblox yang baru-baru ini dalam kontroversi mengharamkan seorang YouTuber yang mahu menjadikan Roblox lebih selamat dari pemangsa bawah umur.

setahun yang lepas