10 game dengan komuniti paling ‘hardcore’ dan ‘passionate’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Boleh dikatakan permainan video multi pemain atas talian tidak akan lari daripada persekitaran. Tidak kiralah toksik ini wujud disebabkan pemain lain atau diri anda sendiri.

Akan terdapat banyak permainan video yang orang tetap akan main dan selalunya disebabkan permainan itu sangat seronok.

Tidak kiralah genre permainan video apa yang anda main, ramai pemain masih setia walaupun sudah bermain bertahun-tahun.

Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) dan First Person Shooter (FPS) adalah genre yang selalunya dikaitkan dengan toksik.

Komunikasi adalah antara perkara paling penting ketika bermain permainan video multiplayer di atas talian. Namun, ia boleh membawa kepada toksik jika anda terjumpa dengan pemain toksik.

Ini 10 game yang popular dan ramai orang masih main:

1. Mobile Legends: Bang Bang

Foto: MOONTON Games

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) tidak asing lagi buat rakyat Malaysia dengan suasana persekitaran yang agak ‘toksik’.

Dari toksik di kedai mamak sehingga toksik di mana-mana. Lobby akan menjadi lebih toksik apabila pihak lawan atau pasukan anda tahu tempat asal ada.

MLBB sudah sinonim sebagai permainan video kesukaan rakyat Malaysia yang mempunyai persekitaran agak ‘toksik’ tetapi ramai orang tetap bermain.

2. League of Legends

Foto: Riot Games

Selalu menjadi buah mulut antara game paling toksik. League of Legends sudah berada dalam industri sejak tahun 2009 lagi.

Dalam 16 tahun, pelbagai generasi bermain membuatkan League of Legends dihujani pelbagai jenis toksik.

Riot Games sendiri sudah cuba untuk mengekang masalah ini dengan membuang voice chat, tetapi toksik masih wujud dalam bentuk yang lain pula.

3.Dota 2

Foto: Valve

SEA DOTA BEST DOTA.

Slogan ini telah menjadi norma buat pemain-pemain Dota 2 di Asia Tenggara.

Digelar antara server Dota 2 paling toksik, Dota 2 tetap antara permainan yang paling toksik tidak mengira server.

Menurut SteamDB, Dota 2 adalah

4.Counter Strike

Foto: Valve

FPS yang paling ramai orang main secara kompetitif.

Counter Strike atau CS selalu dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia tidak kira muda atau tua.

Permainan yang telah lama menghantui orang ramai dengan toksik. Counter Strike memerlukan komunikasi yang baik tetapi komunikasi dalam permainan video yang meggunakan suara boleh menjurus kepada toksik.

5.Fortnite

Foto: Epic Games

Fortnite cuba membuat peraturan lebih ketat untuk mengurangkasn toksik tetapi pemain yang terlalu ramai ditambah dengan budaya stream menjadikan sangat susah untuk dikekang.

Permainan ini juga terkenal dengan umur barisan pemain yang sangat pelbagai sehingga menyebabkan toksik itu susah untuk dibendung.

6.Overwatch 2

Foto: Blizzard

Overwatch adalah permainan yang akan mengeluarkan toksik dalam diri anda.

Dari menyalahkan orang lain, menyusahkan permainan dan menggunakan kata-kata kesat.

Overwatch juga mempunyai masalah sindrom tidak akan menukar hero mereka untuk membantu ahli pasukan anda.

7.Rocket League

Foto: Psyonix

Siapa sangka game yang menggunakan kereta untuk memasukkan gol mempunyai toksiknya tersendiri?

Rocket League adalah permainan yang sangat kompetitif terutamanya ketika berlawan untuk menaikkan Rank.

Selalunya pemain yang toksik dalam Rocket League akan mengajak korang 1 lawan 1 untuk lihat siapa lebih hebat.

8.Call of Duty

Foto: Activision

Antara game paling terawal dipenuhi toksik. Dari era Xbox 360, Call of Duty mempunyai komuniti toksik dan dipenuhi orang dari pelbagai umur.

Pelbagai jenis toksik wujud dan seperti biasa penggunaan kata kesat, penghinaan dan trash talking telah menjadi sinonim dengan CoD.

Activision dan Xbox secara aktif membuat pelbagai cara untuk mengurangkan toksik dalam permainan mereka.

9. EA Sports FC & eFootball

Foto: Electronic Arts | Konami

Antara permainan video sukan paling toksik pernah wujud.

Pembulian dan toksik dalam permainan video bola sepak selalunya akan bermula jika pemain itu sedang menang atau berada di posisi yang sangat teruk.

Tidak kira anda menang atau kalah pemain-pemain game bola sepak sama sahaja toksiknya seperti sebilangan peminat bola sepak sebenar.

10.Genshin Impact

Foto: HoYoverse

Setelah meletupnya Genshin Impact disebabkan COVID. Ramai pemain diperkenalkan dengan permainan video gacha pertama mereka.

Pemain Genshin Impact meningkat dengan sangat tinggi dan toksiknya wujud bukan kerana permainan tetapi kerana komunitinya. Lebih ramai pemain lebih tinggi toksiknya dan ini yang berlaku untuk Genshin Impact.

Pergaduhan diantara pemain Genshin Impact dan permainan video gacha yang lain telah menjadi satu perkara yang akan sentiasa muncul dari masa ke semasa di laman sosial.

Banyak lagi sebenarnya permainan video lain tetapi sepuluh ini adalah yang selalunya dipenuhi dengan pemain toksik tidak mengira server.

Game apa lagi yang korang main walaupun dipenuhi pemain toksik?

RELATED NEWS

+