Bermain dan bertarung sebagai ketam dalam Fight Crab

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Di acara digital IGN Summer of Gaming, Calappa Games mempertunjukkan trailer baharu untuk permainan video mereka Fight Crab. Dalam permainan video tersebut, anda dan rakan-rakan anda boleh bertarung sebagai spesis-spesis ketam.

Dalam trailer tersebut, tarikh pelancaran judul tersebut juga telah didedahkan. Fight Crab akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 30 Julai ini.

Menurut penerangan Fight Crab di Steam, ia mempunyai 23 jenis ketam, 48 jenis senjata, dan 11 peta pertarungan unik. Untuk maklumat lanjut, layari laman Steam Fight Crab.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+