Di acara digital Summer of Gaming yang dianjurkan oleh IGN, Penerbit Tinggi Penyetempatan Yakuza 7 iaitu Scott Strichart telah meluangkan masa untuk bercakap tentang judul tersebut sambil menujukkan video permainan Bahasa Inggeris.
Seperti yang didedahkan sebelum ini, Yakuza 7 tidak mempunyai sistem pertarungan aktif seperti judul lain dalam siri Yakuza. Ia menggunakan sistem pertarungan bergiliran seperti kebanyakan permainan video Japanese role-playing game (JRPG).
Yakuza 7 telah dilancarkan di Jepun pada bulan Januari tahun ini dan versi antarabangsa akan dilancarkan pada tahun ini juga tetapi tarikh pelancaran tetap belum diberikan. Ia akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Xbox Series X.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

setahun yang lepas