Beta Terbuka Heroes of Newerth: Reborn akan bermula 11 November ini!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Heroes of Newerth: Reborn MOBA yang dulunya ditutup kini dihidupkan semula.

Versi remastered ini juga akan dipelopori oleh pencipta asal HoN iaitu Kongor Studios.

Phoenix bos baharu setaraf Kongor juga akan diperkenalkan.

Jika anda berjaya mengalahkan Phoenix, anda akan mendapat Phoenix Egg yang boleh memberikan hero anda peluang kedua untuk hidup.

Pemain masih perlu berjaga-jaga kerana musuh boleh menghancurkan telur itu.

Mekanik seterusnya ialah Ravens. Setiap hero akan mendapat akses ke Ravens mereka sendiri.

Ravens ini akan berfungsi seperti ward tambahan dengan hanya klik pada pokok berdekatan.

Homecoming stone kini adalah passive untuk semua hero dan bukan lagi sebagai consumable.

Ward of Sight kini adalah percuma dan Ward of Revelations pula lebih murah untuk menyenangkan pemain support untuk vision dan map control lebih baik.

Foto: Kongor Studios

Setakat ini hanya 80 hero akan diperkenalkan terlebih dahulu dimana setiap hero mempunyai kemaskini visual terbaru, peta dengan mekanik terbaru, 100-tick servers dengan infra jaringan lebih baik, audio baharu dan pelbagai lagi.

Maklumat lanjut mengenai beta terbuka HoN boleh didapati di laman rasmi ini.

RELATED NEWS

+