Heroes of Newerth: Reborn – Kembali selepas 2 tahun ditutup!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Heroes of Newerth bakal kembali dengan nama baru Heroes of Newerth: Reborn.

Kongor Studios dengan kolaborasi Garena mengumumkan Heroes of Newerth: Reborn (HoNR) kini akan dilancarkan semula tidak lama lagi.

Permainan ini akan dilancarkan secara percuma di pelantar iGames.

Dilancarkan pada tahun 2010, HoN telah menjadi antara MOBA klasik suatu masa dahulu dan digelar antara MOBA terbesar disamping Dota dan League of Legends.

Foto: Kongor Studios

Heroes of Newerth: Reborn bakal mengembalikan legasi dengan kemas kini terbaru dan lebih menarik dengan lebih 80 heroes akan dilancarkan untuk HoNR nanti.

Prestasi permainan ini juga akan ditingkatkan dengan permainan yag lebih lancar dan user interface (UI) baharu dengan iGames Engine.

Antara ciri-ciri baharu Heroes of Newerth: Reborn

  • 80 hero akan dipilih ketika pelancaran ini
  • FPS lebih tinggi dengan 100-tick servers untuk permainan lebih lancar
  • Revamp untuk audio dan vsual dengan kemaskini terbaru
  • Anda akan berlawan dengan Mighty Phoenix iaitu karakter bos baharu dalam HoNR
  • Foto: Kongor Studios

  • Mekanik baharu dengan Ravens dan Kongor kini boleh berada di lane anda.
  • Taunt baharu
  • Role Queue: Anda memilih role anda sendiri untuk bermain

Foto: Kongor Studios

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman untuk tarikh rasmi pelancaran HoNR.

Permainan ini dijangka akan dilancarkan pada musim sejuk tahun ini.

Anda boleh daftar Heroes of Newerth:Reborn di sini.

RELATED NEWS

+