Bos PlayStation kata kerugian RM1.6 bilion Concord adalah perkara yang baik

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Ketua Pegawai Esekuti Sony Interactive Entertainment, Hermn Hulst mengatakan kegagalan live service (perkhidmatan langsung) adalah baik untuk kemajuan pada masa hadapan.

Antara permainan video yang mahu ditengahkan oleh Sony adalah Concord yang ditutup dua minggu selepas pelancaran.

Seperti yang ramai tahu kegagalan permainan video itu menjadi satu kerugian yang besar buat Sony.

Foto: Firewatch Studio

Permainan yang sudah dibangunkan selama lapan tahun hanya untuk ditutup selepas dua minggu dilancarkan.

PlayStation nampaknya tidak terpengaruh dengan kegagalan ini dan projek seterusnya yang di dalam radar iaitu Marathon.

Permainan video itu pula masih dalam pembikinan dan menghadapi pelbagai masalah.

Foto: Sony Interactive Entertainment

Menurut laporan dari Financial Times, Hulst mengatakan kelebihan setiap kegagalan adalah mereka boleh mempelajari dari kesilapan ini. 

Setakat ini Sony mungkin baru sedar atau masih belum mempelajari kesilapan mereka. Mereka juga mungkin akan kembali kepada kekuatan mereka menghasilkan permainan video single-player.

RELATED NEWS

+