Melihat kepada populariti Auto Chess yang semakin membuak-buak, Tencent kini mencari peluang dalam pasaran tema permainan catur automatik (autobattler) ini dengan melancarkan Chess Rush.
Chess Rush adalah sebuah game mobile yang dikatakan menampilkan tempoh masa perlawanan lebih pendek selama 10 minit sahaja dan mempunyai 50 hero.
We’re almost there! Chess Rush will be available SOON on iOS App Store and Google Play! Check out the offical gameplay trailer! 🌏 #ChessRush pic.twitter.com/VysaV9F9Qv
— ChessRushOfficial (@PlayChessRush) July 3, 2019
Memandangkan Tencent juga adalah pemilik studio Riot yang membangunkan League of Legends bersama olahan game catur automatik, Teamfight Tactics, peraturan Chess Rush ini sama seperti Dota Underlords dan Auto Chess.
Dalam perlawanan seramai 8 pemain, korang diberi paparan senarai hero secara rawak untuk dipilih, kemudian korang membentuk pasukan catur yang kuat dengan menggabung tiga unit yang sama bagi menghasilkan satu hero kuat serta bereksperimentasi dengan kebolehan kelas hero yang boleh menghasilkan kombo berkuasa untuk menang.
Chess Rush kini telah dilancarkan di Android dan iOS.
Sumber: dotesports
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

setahun yang lepas