Semalam, Tencent berkongsi trailer terbaru Honor of Kings: World ketika gamescom 2025.
Honor of Kings: World adalah berdasarkan MOBA popular Honor of Kings yang bakal menjadi satu pelantar baru untuk meneruskan legasi penceritaan Honor of Kings.
Trailer kali ini menunjukkan perlawanan baharu dan skala saiz dunia Honor of Kings: World.
Permainan video ini akan memperkenalkan pemain sebagai seorang pelajar baru di Jixia Academy iaitu institusi yang dibina untuk individu yang sangat berbakat sahaja mengikut tiga jenis kebolehan mereka.

Foto: Tencent
Kali ini kita dapat melihat betapa pantasnya anda boleh menukarkan karakter ketika berlawan terutamanya dengan bos yang memerlukan anda untuk sentiasa berjaga-jaga disamping membuat damage.

Foto: Tencent

Foto: Tencent
Tiga perkara penting yang akan menjadi fokus untuk multiplayer Honor of Kings: Worlds kali ini:
-
Perlawanan lebih dinamik – anda boleh menukarkan dua stail berlawan berbeza dengan cepat
-
Dunia terbuka yang dikongsi – Banyak aktiviti di dunia terbuka boleh dikongsi bersama seperti crafting, membina rumah dan penerokaan bersama-sama di benua Primaera.
-
Penceritaan lebih mendalam – Anda bakal mendapat cerita penuh pelbagai hero yang wujud dalam dunia Honor of Kings.
Tiada lagi pengumuman rasmi dibuat oleh Tencent mengenai tarikh pelancaran rasmi Honor of Kings: World.

Foto: Tencent
Namun pelantar yang akan melancarkan permainan ini sudah diumumkan iaitu PC atau Steam, iOS dan Android.

setahun yang lepas