Teringin untuk ada teman wanita digital? Perkenalkan, Crazy Ones!
Permainan mudah alih ini dibangunkan oleh Noctua Games di mana pemain mengembara dalam dunia simulasi temu janji yang menggabungkan elemen romantis, drama dan gameplay imersif sesuai untuk pemain dalam kalangan lelaki yang gemarkan genre otome.
Ciri-ciri Utama:
- Romantik, Cara Anda: Terokai hubungan dengan empat heroin berbeza serentak dalam kisah cinta yang dinamik. Monogami atau harem bergantung sepenuhnya kepada pilihan pemain. Pemain boleh berinteraksi dan mengeratkan hubungan melalui teks, panggilan, mengesyorkan pakaian, merakam foto dan juga mendengar rakaman suara seperti kandungan suara ASMR.
- Produksi Anime yang Menakjubkan: Nikmati visual anime yang dihasilkan dengan indah dan babak animasi yang setanding dengan produksi anime terkemuka. Audio juga tidak ketinggalan, selami runut bunyi asal dan lakonan suara oleh talent Jepun yang terkenal, termasuk pelakon alih suara dari Attack on Titan dan Violet Evergarden, Ishikawa Yui.
- Gabungan Pertempuran Berpusingan, Simulasi Temu Janji dan Simulasi Perniagaan: Kuasai permainan unik yang melangkaui batas genre. Kumpul kad daripada memori pemain dalam pertempuran berasaskan kad berpusingan dan bina empayar teknologi besar seterusnya dengan ciri simulasi pengurusan perniagaan yang sangat mendalam.
Kini tersedia dengan ganjaran pelancaran di seluruh Asia Tenggara

Berikutan kejayaan luar biasa di Jepun dan China, Crazy Ones kini dilancarkan di Asia Tenggara dengan sari kata Bahasa Inggeris penuh dan sokongan untuk bahasa serantau Indonesia dan Thailand.

Untuk meraikan pelancaran permainan ini, pemain boleh menyertai pelbagai acara di Karnival untuk Crazies dan mendapatkan lebih 50 cabutan gacha.
Pemain dari Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia boleh mula memuat turun Crazy Ones di:
- Google Play Store
- Apple App Store
- APK laman web rasmi
Untuk maklumat lanjut, ikuti @crazyonesofficial di Instagram dan sertai Crazy Ones Official Discord.

setahun yang lepas