Love and Deepspace memperkenalkan banner Tomorrow’s Catch-22: tema ‘wolf’ dan BDSM yang sangat ‘spicy’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan simulasi temu janji atau genre otome, Love and Deepspace hari ini mengacah banner yang ‘spicy’ dan tidak dijangka-jangka peminat.

Bersempena Valentines Day, banner diberi nama Tomorrow’s Catch 22 itu membawa pemain mengenali sisi lain ‘love interest’ yang ada di mana karakter-karakter ini mempunyai personaliti ‘liar’ dan kostum bertemakan serigala + BDSM.

Ia akan bermula dari 10 Februari hingga 27 Februari ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Love and Deepspace (@loveanddeepspace)

Trailer ini menunjukkan kelima-lima LI iaitu Xavier, Sylus, Caleb, Zayne dan Rafayel ditangkap dan digari malah kelihatan watak utama (MC) seperti mengacah-acah mereka. Uniknya mengenai banner kali ini adalah rambut panjang untuk setiap LI yang boleh didapatkan dengan membuka kotak apabila beberapa jumlah ‘pulls’ atau ‘wish’ digunakan.

Contohnya, setiap 75 wish memberikan anda satu kostum khas BDSM ini yang boleh dipilih dan 85 wish pula membolehkan anda memilih rambut panjang (1) untuk LI diinginkan.

Terdapat empat kali peringkat wish selepas itu yang akan memberikan baki kostum berserta rambut panjang setiap LI.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Love and Deepspace (@loveanddeepspace)

Setiap memory lima bintang yang berjaya didapatkan membolehkan anda mendapat akses kepada kandungan Falling For You di mana anda boleh menyelami cerita di sebalik makhluk ‘berbahaya’ ini.

Selain itu, jika anda berjaya mendapatkan satu memory yang sama sebanyak dua kali, terdapat kostum BDSM khas berwarna putih boleh dimiliki.

Banner ini adalah terhad dan selepas tamat tempoh acara, ia tidak lagi boleh didapatkan di mana-mana termasuklah Xspace Echo.

RELATED NEWS

+