Death Stranding adalah siri permainan video yang dihasilkan oleh Hideo Kojima iaitu individu disebalik siri Metal Gear Solid.
KOJIMA PRODUCTIONS mengeluarkan video trailer 10 minit Death Stranding 2: On The Beach.
Cerita kali ini akan bersambung 11 bulan selepas kelahiran UCA.
Nampaknya cerita Death Stranding lebih berbelit-belit dan penuh dengan misteri.

Foto: KOJIMA PRODUCTIONS
Norman Reedus juga akan kembali sebagai watak utama Sam. Léa Seydoux dan Troy Baker juga akan hadir, sebagai Fragile dan Higgs. Mereka akan disertai oleh karakter baru yang dilakonkan oleh Elle Fanning (Tomorrow), Shioli Kutsuna (Rainy), and George Miller (Tarman). Tambahan lagi, Luca Marinelli sebagai Neil, Debra Wilson sebagai Doctor, dan Alissa Jung sebagai Lucy.
Terdapat juga kameo bintang Korea, Lee Dong-Seok.
Death Stranding 2: On the Beach akan dilancarkan pada 26 Jun secara eksklusif di PlayStation 5.

setahun yang lepas