Horizon Hunters Gathering – Game Co-op 3 Pemain Baru Dari Francais Horizon

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pada tahun 2022, Guerrilla Games telah mengesahkan mereka sedang membangunkan permainan video multiplayer Horizon.

Digelar Horizon Hunters Gathering, tiga pemain boleh bekerjasama dimana pemain akan menjadi Hunters dengan kuasa unik tersendiri, permainan berbeza dan senjata berbeza.

Pemain perlu menghabiskan misi mengikut apa yang perlu mereka buat untuk mengalahkan Machines.

Machines yang dikalahkan akan memberikan pemain banyak loot yang boleh digunakan untuk menaik taraf kuasa hunter pemain dengan sistem rougelite.

Foto: Guerrilla Games

Bukan hanya berlawan dengan Machines, pemain juga perlu menyelesaikan banyak jeis teka-teki di peta mengikut tempat yang mereka ada seperti Cauldron iaitu fasiliti dimana Machines dicipta.

Foto: Guerrilla Games

Terdapat 6 karakter hunters yang diperkenalkan setakat ini semua dengan rekaan unik tersendiri, personaliti berbeza dan sudah semestinya cara permainan yang berbeza.

Horizon Hunters Gathering tidak lagi mempunyai tarikh pelancaran rasmi dan akan dikeluarkan di PC dan PlayStation 5.

RELATED NEWS

+