Doom klasik berjaya dimain menggunakan adaptor Apple Lightning HDMI

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Antara perkara yang menarik mengenai Doom klasik adalah ia boleh dimainkan di hampir segala-gala alat elektronik asalkan anda tahu apa yang anda buat.

Dari kit mengandung, peti ais, adobe pdf., sehingga ke bakteria, Doom boleh dimain di mana-mana sahaja.

Siapa sangka anda boleh bermain Doom dengan menggunakan adaptor Apple Lightning to HDMI.

Adaptor ini menggunakan Samsung 400 MHz Arm SoC yang mempunyai 256MB RAM dan juga mempunyai storan dalamannya sendiri untuk membuat compression dan upscaling bagi sesuatu video.

Seorang YouTuber bernama Nyan Satan berjaya memjumpai adaptor ini mempunyai lebih daripada kuasa yang cukup untuk bermain Doom.

Nyan telah menggunakan eksploitasi Checkm8 bootROM untuk membuat kod tersendiri yang memboleh Doom dimasukkan ke adaptor tersebut.

Dia juga masih cuba untuk membaiki lagi kod Doom tersebut untuk memastikan dia boleh bermain Doom termasuk mengeluarkan audio.

Jadi betullah, Doom boleh dimainkan dimana-mana sahaja selagi barang elektronik itu mampu untuk bermain Doom.

RELATED NEWS

+