Membawa cerita lagenda lanun Davy Jones, pembangun The Parasight mengumumkan FPS Davy x Jones.
Banyak permainan pernah menggunakan tema lanun seperti Assassin’s Creed 4: Black Flag dan Sea of Thieves tetapi kali ini memberi fokus utama kepada Davy Jones.
Ia menceritakan badan Jones dan kepada tengkorak Davy yang perlu mengembara di dunia lanun bawah air iaitu The Locker.

Foto: The Parasight
Di The Locker, mereka berdua perlu mencari semula artifak yang dicuri dan perlu berlawan dengan Blackbeard.
Lokasi ini akan mempunyai sembilan kepulauan yang menjadi tempat tinggal makhluk mengerikan, roh yang disumpah dan raksasa lagenda Kraken.

Foto: The Parasight
Jones boleh menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk pedang dan pistol. Davy dan Jones perlu mengembara di dunia ini dengan membawa kapal separuh paus yang digelar Abby.
Cara permainan Davy x Jones seolah-olah mengambil inspirasi daripada Doom.
Pemain juga perlu mencari krew untuk memastikan Abby mempunyai senjata dan dijaga dengan baik.
Davy x Jones dijangka akan dilancarkan di Steam. Masih belum ada apa-apa lagi maklumat mengenai pelancaran di pelantar lain.

setahun yang lepas