Dragon Ball: Gekishin Squadra MOBA 4 v 4 – Ujian rangkaian 12 Jun ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dragon Ball: Gekishin Squadra adalah permainan video MOBA baharu yang akan memasuki fasa ujian 12-16 Jun ini.

Sebelum ini Dragon Ball: Gekishin Squadra digelar sebagai Dragon Ball Project: Multi.

Dalam Gekishin Squadra, anda akan menggunakan karakter-karakter dari dunia Dragon Ball yang mempunyai tiga posisi iaitu Damage, Tank atau Technical. Setiap karakter boleh diubahsuai dengan pelbagai ciri seperti skin, entrance animation dan finishers.

Karakter seperti Goku, Vegeta, Krillin, Piccolo dan pelbagai lagi karakter DB lain akan datang dan diumumkan kemudian. Seperti MOBA lang lain setiap karakter mempunyai keupayaan unik mengikut role masing-masing.

Ujian rangkaian Dragon Ball: Gekishin Squadra akan terbuka kepada semua pemain secara percuma di pelantar PS4, PS5, Nintendo Switch, Steam, iOS dan Android.

RELATED NEWS

+