Dredge permainan memancing seram akan datang ke Android dan iOS

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Black Salt Games baru-baru ini mengumumkan permainan video memancing seram Dredge akan datang ke Android dan iOS.

Dredge adalah permainan memancing dengan inspirasi dari seram Lovecraftian dan menjadi antara permainan video terbaik tahun 2023.

Anda akan membawa kapal untuk memancing demi kelangsungan hidup tetapi pengembaraan anda akan dipenuhi dengan raksasa laut menakutkkan.

Anda juga boleh berlayar ke pulau-pulau terpencil dimana keliling pulau itu bakal terdapat sesuatu dibawahnya.

Pelayaran anda akan bermula di kepulauan yang digelar The Mallows dan anda juga boleh mengumpul pelbagai jenis ikan dan barang-barang misteri.

Dredge akan dilancarkan ke Android dan iOS pada 18 Disember ini!

RELATED NEWS

+