Pengedar Elementa dan pembangun Silver Studio mengumumkan Silver Palace.
Silver Palace adalah permainan video RPG pengembaraan fantasi dunia terbuka yang menggunakan Unreal Engine 5.
Dengan tema estetik Victorian, Silver Palace menggunakan sistem kombat aksi dengan tambahan kombo Quick Time Events (QTE).
Pemain akan menjadi seorang Detektif yang perlu mengalahkan musuh yang tidak diketahui disamping membongkar misteri Silvernia iaitu metropolis yang dibina menggunakan kuasa dari Silverium.

Foto: Silver Studio
Silverium menjadi kunci untuk perkembangan industri di Silvernia sehingga mengubah kehidupan dan teknologi penduduk di seluruh bandar itu.
Sebagai Detektif anda perlu menyelesaikan kes jenayah dan membongkar perkara sebenar.
Dikuasai Unreal Engine 5, Silver Palace menggunakan karakter dengan gaya anime untuk perlawanan lebih lancar dan pantas disamping menggunakan skill kuat dan unik untuk setiap karakter. Anda juga boleh mengubah ke karakter yang lain ketika berlawan.

Foto: Silver Studio
Bandar Silvernia juga mempunyai pelbagai faction dari syarikat korporat monopoli, sindiket, kerabat diraja dan juga organisasi ajaran sesat.
Video permainan 11 minit Silver Palace juga ditunjukkan oleh Silver Studio.
Tarikh pelancaran Silver Palace juga masih belum diumumkan tetapi anda kini boleh pra-daftar di laman web rasmi mereka.
Permainan ini akan dilancarkan di PC, iOS, dan Android.

setahun yang lepas