Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Dyadia adalah hero support baru dalam Honor of Kings yang sangat sesuai digunakan sebagai Roaming hero.

Foto: Honor of Kings | Level Infinite
Hero ini adalah hero yang mempunyai strategi support untuk mencuri gold musuh disamping heal ahli pasukan, membuat crowd control dan damage.
Dyadia Skill
Pasif – Chanting
Bagi setiap 7.5 saat atau naik level, Basic Attack Dyadia akan dikuatkan.
Apabila menggunakannya dia akan menghayunkan diri ke musuh disamping membuat damage dan menolak mereka ke belakang. Dyadia kemudiannya akan melompat kembali ke posisi asal. Serangan ini mampu menembusi dinding.
Ketika Dyadia menggunakan Good Fate atau Fate ke atas musuh dia akan mencuri 20 gold dari musuh dan mengurangkan enhanced Basic Attack sebanyak 50%.
Skill 1 – Two Hearts (Merah)
Dyadia menggunakan skill ini dia akan memberi mark kepada ahli pasukan dengan Good Fate dan memberikan heal.
Dalam masa 5 saat jika dua hero bergerak dekat heal yang dibuat akan menjadi lebih tinggi dan mendapat movement speed untuk 2 saat.
Apabila Dyadia menggunakan skill ini sekali lagi, dengan hero pasukan yang mempunyai mark, dia akan dash ke hero tersebut sekaligus mengaktifkan Good Fate.
Skill ini juga akan memberikan heal kepada Dyadia.
Jika Dyadia tidak menggunakan skill ini sekali lagi dalam 5 saat, cooldown akan refresh.
Skill 2 – Complaint about Separation (Biru)
Dyadia menggunakan skill ini dia akan memberikan mark kepada hero musuh dan membuat magic damage setiap saat.
Skill ini juga akan berterusan mencuri dua gold dari musuh setiap saat. Gold yang disimpan ini boleh ditebus apabila Dyadia mengalahkan musuh atau mendapat assist. Gold yang dapat adalah 100% atau 50% mengikut kill dan assist.
Jika dua musuh terkena mark ini dan mereka bergerak dekat Fate Resolve akan terus meledak dan mengembalikan kesemua gold yang dicuri.
Dengan menekan skill ini sekali lagi dia akan dash ke musuh dan membuat Resolve Fate dan memberikan immobilize untuk 1 saat dan kesemua damage yang ada. Pada masa ini Dyadia akan mendapat 25% pengurangan damage. Tetapi musuh akan mendapat dua kali ganda pengurangan damage.
Jika Dyadia tidak menggunakan skill ini sekali lagi dalam 5 saat, cooldown akan refresh.
Ultimate – Fate
Ultimate ini akan membuat Dyadia menghantar sekumpulan Fate Cubs (haiwan biru dan merah) ke hadapan dalam AOE besar. Jika hero pasukan terkena mereka akan mendapat Good Fate dan heal. Manakala musuh pula akan mendapat Bad Fate dan damage.
Ahli pasukan yang sudah mempunyai Good Fate, durasi skill ini akan refresh memberikan lebihan heal dan speed boost. Bagi musuh pula, Bad Fate akan refresh dan musuh menerima damage dan imobilize untuk 1 saat.
Setiap kali Dyadia mendapat gold tambahan melalui skillnya, healing terhadap hero pasukan dan damage terhadap musuh akan meningkat. Lebih banyak gold pasif yang dikumpulkan lebih kuat Ultimate Dyadia.
Herio ini boleh dibeli di Shop dengan harga 13,888 atau 18,888 Starstones dan juga boleh dibeli menggunakan Tokens.
Dyadia akan dilancarkan pada 25 September ini sejurus selepas season reset.

setahun yang lepas