Elon Musk mengaku dia melanggar terma dan syarat untuk kedua-dua Path of Exile 2 dan Diablo IV untuk mendapat rank global top-20.
Kontroversi ini bermula apabila Mush membuat penstriman di X bahawa dia sedang bermain Path of Exile 2 tetapi ramai menyedari sesuatu yang pelik.
Karakter Musk sudah level 97 ketika penstriman itu dan ini bermakna dia adalah antara pemain dengan rank tinggi dalam game itu.
Ramai merasakan perkara ini sangat tidak masuk akal kerana Elon dapat mencapai level setinggi itu dengan tanggungjawabnya bekerja untuk Tesla, SpaceX, X dan syarikat-syarikatnya yang lain.
Untuk mencapai level tinggi sebegini pemain perlu menghabiskan masa lebih 40 jam semata-mata untuk mencapai rank tinggi.
Lebih menarik Musk hanya meninggalkan item-item penting di atas lantai begitu sahaja dan tidak mengetahui bagaimana UI Path of Exile 2 berfungsi.
Perkara ini juga disedari dan diberitahu oleh Asmongold di videonya mengatakan kebolehan Elon Musk untuk bermain permainan video sangat diragui.
Dalam direct message di X dengan seorang lagi YouTuber NikoWrex dimana Elon mengaku dia membayar pemain lain untuk bermain akaunnya.

Foto: NikoWrek
Elon Musk mengatakan dia berkongsi akaunnya dengan beberapa org lain yang mendapatkan banyak item dan level yang tinggi.
Siapa sangka Elon Musk menipu untuk mendapat nama.

setahun yang lepas