Path of Exile mengumumkan kemaskini terbaharu mereka iaitu “3.25 update”, Settlers of Kalguur. Expansion dilancarkan pada Julai ini memperkenalkan Settlers of Kalguur Challenge League, penambahbaikan dan dua perubahan Ascendancy Class serta beberapa penambahan pada Campaign.
Pemain akan membantu puak Kalguuran untuk membina bandar Kingsmarch dan mengadakan jual beli bersama Wraeclast. Pemain akan memfokuskan untuk mining beberapa sumber penting dan merekrut pekerja mahir untuk mempertahankan bandar ini serta membina pelabuhan bagi urusan jual beli.

Apabila bandar ini sudah dibina, pemain boleh melakukan pertukaran dagangan matawang dan items yang stackable di Currency Trade Market dan mencipta senjata hebat di Runesmithing Table.
Kelas Ascendancy akan ditambah dengan pengenalan kelas Warden serta rework untuk Gladiator. Warden akan menggantikan kelas Raider yang memfokuskan serangan elemental, pengurangan serangan dan kemahiran dalam Tinctures yang kini boleh dicari di serata Wraeclast.
Gladiator masih mengekalkan kuasa hebat untuk Bleeding dan Block serta skil baharu direka balik termasuklah peluang untuk mempelajari Retaliation Skills, kuasa baharu untuk mengeluarkan serangan yang kuat apabila beberapa syarat dipenuhi.
Banyak lagi info boleh didapatkan di laman web ini.

Selain itu, Grinding Gear Games (GGG) mengumumkan mereka akan menjalankan fasa beta tertutup untuk Path of Exile 2. Daftar di laman web www.pathofexile2.com/register.

setahun yang lepas