Elon Musk baru-baru ini mengumumkan syarikat artificial intelligence miliknya xAI sedang membangunkan satu permainan video.
Dia “menjanjikan” permainan video itu akan dilancarkan sebelum berakhirnya tahun 2026.
Setakat ini, xAI dikenali ramai orang dengan Grok iaitu satu AI yang digunakan sama seperti ChatGPT dengan tambahan beberapa karakter persona untuk membantu dengan apa yang anda mahu tahu.
xAI sedang membangunkan permainan video AI
Menurut laporan, xAI sanggup mengeluarkan pelaburan besar untuk menembusi pasaran permainan video.
Menurut Business Insider, pada 3 Oktober lalu, xAI sedang mencari pengajar permainan video untuk melatih model yang boleh merekacipta konsep, mekanik dan penceritaan.
The XAI game studio will release a great AI-generated game before the end of next year https://t.co/F14rJXNzk9
— Elon Musk (@elonmusk) October 6, 2025
Idea permainan video penuh menggunakan AI masih di dalam fasa percubaan.
Sudah banyak pembangun permainan video di luar sana cuba menggunakan peralatan AI untuk membantu secara meluas dalam pembikinan permainan video mereka. Dari menggunakan AI untuk cerita, pembinaan dunia, rekaan watak dan pelbagai lagi perkara lain yang melibatkan permainan video.
Tetapi tiada satu pun yang berjaya menembusi pasaran besar.

setahun yang lepas