Filem adaptasi Elden Ring diumumkan Bandai Namco

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Setelah spekulasi, Bandai Namco mengesahkan mereka akan membuat filem aksi nyata Elden Ring.

Filem ini akan dibuat bersama syarikat produksi A24.

Spekulasi ini bermula apabila penulis terkenal George R.R. Martin mengatakan Elden Ring boleh ditukarkan kepada satu filem.

Setelah beberapa bulan, Bandai Namco mengesahkan perkara ini d Twitter/X.

Alex Garland (28 Days Later) akan menjadi ketua kepada projek ini.

A24 pula adalah studio disebalik filem seperti Midsommar bersama Florence Pugh, The Lighthouse bersama Robert Pattinson & Willem Dafoe dan Uncut Gems dengan Adam Sandler.

Foto: From Software

Ramai mengharapkan filem ini akan berjaya seperti Elden Ring. Elden Ring telah menjadi antara Soulslike paling berjaya dan terbaik setakat ini.

Walaubagaimanapun, pra-produksi untuk sesebuah filem memakan masa yang sangat lama terutamanya untuk cerita seperti Elden Ring.

RELATED NEWS

+