Microsoft telah mengumumkan Gears of War: Reloaded iaitu pembikinan semula Gears of War yang akan dilancarkan di PlayStation.
Sejak keluar di pelantar Xbox 360, Gears of War telah menjadi antara francais yang Sony mahukan untuk berada di pelantar mereka.
Siri Gears of War menceritakan Sera satu bumi fiksyen dimana manusia yang menghadapi pelbagai jenis konflik kini akan pupus.
Sedekad sudah Gears of War berada menjadi eksklusif di Xbox.
Gears of War: Reloaded akan dilancarkan pada 26 Ogos 2025 ini dan boleh dibeli di pelantar Xbox Series S|X, PC, Xbox CLoud Gaming, PlayStation 5 dan Steam.
Permainan ini juga akan hadir di Game Pass Ultimate atau PC Game Pass.
Jika anda sudah mempunyai Gears of War: Ultimate Edition anda akan mendapat versi Reloaded secara percuma.

setahun yang lepas