Game tidak keluar lagi, Najmi The Kampung Nerd rakyat Malaysia pertama dan individu pertama dalam dunia platinum Death Stranding 2

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Najmi Abdul Rahman lebih dikenali The Kampung Nerd adalah individu pertama di dunia yang berjaya platinum game Death Stranding 2.

Walaupun Death Stranding 2 secara rasmi tidak dilancarkan lagi, Najmi telah diberikan kod digital permainan Death Stranding 2 dari PlayStation untuk mencuba dan membuat ulasan permainan itu.

Penafian: Pencapaian ini mengikut senarai individu berdaftar di psnprofiles.

Najmi berjaya mendapat platinum dalam Death Stranding 2 pada 14 Jun lepas yang mempunyai 55 trofi dan 1,350 mata. 

MyGameOn berpeluang untuk temubual ringkas mengenai kejayaan ini dengan Najmi.

Menurut Najmi, untuk mendapat platinum dia mengambil masa 106 jam dan merasakan dia boleh membuat dengan lebih cepat lagi. Tetapi memandangkan permainan ini masih belum dilancarkan, tiada sebarang panduan trofi yang wujud. 

Foto: Najmi The Kampung Nerd

“Saya banyak habiskan masa untuk eksperimen beberapa benda untuk beberapa trofi yang tidak pasti caranya. Tapi sekurangnya trofi game kedua Death Stranding 2 ini lebih mudah berbanding game pertama,” ujar Najmi The Kampung Nerd.

Tambahan lagi menurut Najmi, dia tidak mempunyai masalah menghadapi cabaran dari luar disebabkan dia sekarang seorang Youtuber sepenuh masa dan menghabiskan masa di hadapan televisyen, tidak tidur dan terus bermain.

Dia juga tidak berniat untuk mencipta rekod kerana pada awalnya hanya bermain atas dasar kerjanya yang memerlukan dia untuk menghabiskan Death Stranding 2 dan juga menghasilkan kandungan video ulasan.

Tetapi sejak bermula main Death Stranding 2 dia tidak dapat berhenti dengan tarikan dan misteri penceritaan yang membuatkan dia ingin terus bermain untuk mengentahui keseluruhan cerita.

Najmi dengan rendah diri tetap bangga dapat melihat satu-satunya PSNProfiles yang mempunyai bendera Malaysia.

“Sekurangnya dapat wakilkan dan sebagai peminat game tersebut, seronok juga dapat habiskan dan tak di spoil oleh pemain lain.” – Najmi The Kampung Nerd.

Dia juga ada berkongsi pengalaman manis dapat berjumpa dengan Hideo Kojima di World Strand Tour Singapore 2019.

Malah Najmi sendiri menjadi cosplay Deadman salah satu watak dari Death Stranding.

Foto: Najmi The Kampung Nerd

Ini bukan pertama kali Najmi berjaya mendapat kejayaan yang sama, sebelum ini dia pernah menjadi pemain ketiga di dunia untuk platinum God of War Ragnarok.

Jangan lupa saksikan video ulasan Death Stranding 2 dari Najmi The Kampung Nerd di YouTube.

Death Stranding 2 bakal dilancarkan esok di PlayStation 5.

RELATED NEWS

+