Genshin Impact berjaya mencecah 300 juta pemain – 9 kali ganda lebih dari rakyat Malaysia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Genshin Impact telah menjadi fenomena tidak disangka ketika pelancarannya pada September 2020

Permainan adalah antara yang bernasib baik kerana pelancaranya ketika pandemik COVID di mana orang ramai orang berada dirumah.

Data ini telah dikongsikan di r/Genshin Impact Reddit oleh r/chibi0108

RPG dunia terbuka dari HoYoverse ini (sebelum ini digelar miHoYo) telah berjaya mencapai 300 juta pemain di seluruh dunia.

Foto: HoYoverse

Jumlah ini tidak termasuk jumlah akaun yang wujud tetapi mengambil jumlah pemain yang aktif.

Ini bermakna pemain Genshin Impact adalah lebih kurang 9 kali ganda lebih ramai dari jumlah rakyat Malaysia setakat ini iaitu 34.2 juta rakyat mengikut Badan Statistik Malaysia.

Foto: HoYoverse

Berdasarkan data yang didapati pemain Genshin mempunyai nisbah 50:50 diantara pemain domestik (China) dan global.

Data tersebut juga mengatakan lebih 70% pemain adalah berumur 18 sehingga 30 tahun di mana nisbah pemain lelaki dan perempuan adalah 60% dan 40%.

Sejak pelancaran Genshin Impact telah menjadi fenomena yang sangat popular sehingga berjaya mencecah AS$ 400 juta (RM 1.6 bilion) dalam hanya dua bulan sahaja.

Foto: HoYoverse

Genshin Impact kini sedang menyambut acara musim panas dengan versi 5.8 iaitu Sunspray Summer Resort yang akan bermula 30 Julai ini.

Data ini telah dikongsikan ketika Shanghai Top 10 Anime IP Selection Event 2025 yang berada dibawah Pentadbiran Perbadanan Shanghai bagi Hal Ehwal Kebudayaan dan Pelancongan.

RELATED NEWS

+