Satu organisasi esukan dari China menawarkan satu program untuk kanak-kanak melalui latihan ketat seorang pemain profesional e-sukan untuk mengekang ketagihan permainan video.
Dimiliki oleh Su Chenha, syarikat ini menjadi hab untuk merekrut dan melatih pemain untuk bermain secara kompetitif.
Namun pada tahun 2023, dia menyedari pemain profesional sangat-sangat sukar untuk dicapai dan peratusan untuk menjadi pemain esukan profesional adalah 0.1% sahaja.

Walaupun hadiah jumlah wang terkumpul meningkat, tetapi hanya pemain-pemain terbaik dan terhebat sahaja yang mendapat pendapatan yang sangat besar sehingga jutaan dollar.
Kehidupan pemain profesional nampak seperti dipenuhi kemewahan terutamanya untuk kanak-kanak.
Program Chenha ini bakal membuka mata mereka bahawa disiplin dan kerja keras yang diperlukan untuk menjadi pemain profesional esukan sangatlah tinggi.

Sumber: South China Morning Post
Dilaporkan oleh South China Morning Post, program ini mempunyai dua jenis kursus selama seminggu atau kursus 22 jam.
Bayaran untuk program inibermula pada 10,000 yuan (RM5,900) dan boleh menjadi lebih tinggi mengikut program yang dipilih.
Setiap kursus akan mengikut tahap ketagihan kanak-kanak itu dengan tambahan bimbingan dari ibu bapa mereka.
Chenha akan mengajari kanak-kanak ini hidup sebagai seorang pemain profesional. Mereka perlu berlatih dari 9 pagi sehingga 12 malam dan hanya berehat seketika untuk bersukan atau makan.
Menurut Chenha, terdapat seorang kanak-kanak yang mendapat kejang otot pada hari pertama dan ada juga yang cuba balik pada hari kedua kerana rutin yang sangat ketat.
“Suasana tekanan tinggi seperti ini menjadikan permainan video berasa sangat susah berbanding belajar,” ujar Chenha.
Selama tujuh tahun, program ini telah membantu lebih 4,000 orang dimana 85% klien mempunyai ketagihan permainan video.
Masalah ketagihan permainan video di Malaysia juga semakin meningkat sejak beberapa tahun ini.

Malaysia tidak mempunyai satu peraturan jelas untuk untuk mengehadkan masa bagi kanak-kanak dan remaja.
Pada tahun 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan gejala ketagihan bermain game (gaming disorder) sebagai satu penyakit.

setahun yang lepas