HoYoverse kongsi pandang pertama MMORPG Fantasi baru

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

HoYoverse sekali lagi menarik perhatian industri permainan video dengan pandang pertama projek mereka yang dibangunkan di Unreal Engine 5.

Ini adalah projek pertama mereka menggunakan enjin Unreal Engine 5.

Setakat ini hanya klip 19 sahaja yang telah dikongsikan oleh HoYoverse yang berkemungkinan besar adalah projek MMORPG fantasi, PvP  dan sistem yang menggunakan AI.

Foto: HoYoverse

Hanya beberapa petunjuk sahaja yang dikongsikan

Permainan ini akan mempunyai dunia fantasi terbuka yang besar, rahsia zaman kuno, demons, dan hero lagenda.

Projek HoYoverse UE5 Fantasi

Foto: HoYoverse

Beberapa ciri utama permainan video baharu ini:

  • Dunia Terbuka Fantasi Epik
  • Perlawanan Boss besar
  • Co-op Multiplayer
  • PvP Kompetitif
  • NPC yang bijak
  • Teknologi animasi generasi baru
  • Dunia Terbuka Dinamik
  • Simulasi AI Ekologi
  • Full-Terrain Combat AI
  • Grafik bermutu tinggi dikuasakan oleh UE5

Pada Ogos lepas, HoYoverse telah mendaftarkan trademark (tanda dagangan) dengan nama “Varsapura”.

Untuk syarikat yang selama ini memberikan fokus kepada gaya ‘anime’, nafas baru buat HoYoverse menukarkannya kepada grafik fantasi foto realistik.

TAGS

RELATED NEWS

+