Genshin Impact versi 5.5 menambah kawasan gunung berapi baru bermula 26 Mac

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Genshin Impact versi 5.5 akan dilancarkan pada 26 Mac di mana kemaskini ini memperkenalkan peluasan peta Natlan dengan kemunculan Kawah Gunung Berapi Tollan dan kota purbanya.

Selain itu, enam puak Natlan akhirnya lengkap dengan kehadiran puak terakhir, iaitu Collective of Plenty. Dua watak baru berunsur Electro, Varesa dan Iansan, turut diperkenalkan untuk memperkayakan pengalaman eksplorasi dan pertempuran anda!

Sorotan Versi 5.5 – “Day of the Flame’s Return”

Peta Baru: Kawah Gunung Berapi Tollan kini boleh diterokai, termasuk sebuah kota suci dan kawasan berlapis yang membawa anda ke dalam gunung berapi.

Puak & Saurian Baru: Puak Collective of Plenty tiba bersama Tatankasaurus, sejenis Saurian yang mampu menerjah dan menghancurkan bongkah batu khas.

Watak Baru:

Iansan

  • Varesa (5★ Electro Catalyst) – Pakar dalam Serangan Menjunam dan mempunyai pergerakan khas semasa meneroka.
  • Iansan (4★ Electro Polearm) – Memberi buff ATK dan penyembuhan kepada pasukan, serta boleh melakukan lompatan khas ketika menjelajah.

Event Wishes:

  • Fasa I: Varesa, Iansan, Xianyun
  • Fasa II: Xilonen, Venti

Acara Bermusim: “Tournament of Glory in Bloom” – Pertandingan tradisional Natlan kembali dengan penyertaan Ifa dan watak-watak lain dari Natlan. Pelbagai ganjaran menarik menanti, termasuk peluang mendapatkan Ororon secara percuma.

Penambahbaikan: Sistem penjejakan bos yang lebih baik serta peningkatan dalam pengalaman menaik taraf Artifak.

RELATED NEWS

+