HoYo FEST 2025 akan datang ke Malaysia Julai ini!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Acara tahunan buat peminat permainan video HoYoverse iaitu HoYo FEST 2025 datang lagi.

HoYo FEST 2025 akan membawa peminat dan pemain untuk berkumpul dan membuat pelbagai aktiviti bersama-sama.

Foto: HoYoverse

Anda juga boleh berjumpa dengan cosplayers, pempengaruh, booth artis dan pelbagai lagi!

HoYo FEST 2025 di Malaysia akan diadakan pada 24-27 Julai di Pusat Pameran Pavillion Bukit Jalil Dewan 1 & 2.

Tambahan lagi HoYoverse juga sedang mencari artis, cosplayers, pencipta kandungan, penghibur dan ramai lagi untuk memeriahkan HoYo FEST 2025.

Kali ini Artist Alley akan ditempatkan di kesemua HoYo FEST di mana artis-artis boleh menunjukkan hasil seni Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Zenless Zone Zero, Honkai Impact 3rd dan permainan video HoYoverse yang lain.

Ini adalah kesemua pautan pedaftaran untuk anda yang berminat:

Artist Alley

Persembahan di pentas

Pertunjukan Cosplay

Fan Art

HoYo FEST 2025 juga akan diadakan di Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Maklumat lanjut HoYo FEST 2025 akan diumumkan nanti.

RELATED NEWS

+