Sunway Velocity Mall nyata meriah pada 31 Mei lalu bagi pengunjung yang hadir merasai pengalaman kolaborasi baharu PUBG Mobile x Attack On Titan. Hampir 10,000 pengunjung hadir mengunjungi photobooth interaktif, merakam momen berharga dan sesi permainan langsung yang mencabar.

Peminat dapat menikmati kandungan dalam permainan bersempena kolaborasi AOT ini. Berjudul Steampunk Frontier, anda boleh menyaksikan transformati Titan yang mengagumkan serta pelbagai ganjaran eksklusif.

Selain itu, anda boleh bergerak laju dengan Omni-Directional Mobility (ODM) Gear, meluncur di udara dan menumpaskan Titan. Terokasi juga Steampunk Frontier yang serba baharu dengan landskap memukau.
Dapatkan set watak ikonik Eren Yeager, set Attack Titan dan lain-lain karakter seperti Armin dan pek-pek suara yang hebat.
Kemaskini ini akan berakhir pada 6 Julai.

setahun yang lepas