10 Raksasa menggerunkan dalam anime

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Raksasa dalam anime manjadi antara rekaan paling unik dalam sesuatu cerita anime itu.

Tetapi dalam dunia anime sudah semestinya terdapat raksasa yang menakutkan dan mengerikan.

Ini 10 Raksasa menggerunkan dalam anime:

1. The Bunny – Blood C

Foto: Production I.G

Walaupun digelar dengan nama arnab, raksasa Bunny dari Blood C mungkin menjadi perkara terakhir anda lihat sebelum mati.

Apa yang menakutkan mengenai mereka ini bukan rupa tetapi cara mereka membunuh dan memakan manusia dengan sangat-sangat kejam.

2. Shiki – Shiki

Foto: Daume

Tidak semua raksasa mempunyai rupa seperti raksasa.

Shiki sebenarnya adalah vampire yang sudah lama tinggal di satu kampung terpencil di Jepun.

Rupa seperti vampire biasa tetapi mata mereka adalah seperti lubang hitam gelap yang tiada penghujungnya.

Malah ada beberapa shiki yang mampu bergerak seperti ular untuk masuk ke bilik.

3. Fuchi – Junji Ito Collection: Fashion Model

Foto: Studio Deen

Fuchi adalah seorang wanita yang sangat tinggi dengan muka yang panjang dan senyuman lebar yang menunjukkan banyak gigi taring yang sangat tajam.

Dia mengatakan dirinya adalah seorang model yang menyukai tempat-tempat terpencil.

Jika anda mengendahkan Fuchi disebabkan terdapat perempuan lain ketika itu, dia akan menjadi mangamuk, marah dan memakan perempuan itu.

Ini adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang disukainya itu.

Kejadian ini akan berulang-ulang dengan orang lain.

4. Urado – Ghost Hunt

Foto: J.C. Staff

Digelar sebagai Kaneyuki Miyama, dia adalah seorang lelaki yang mahu melanjutkan jangka hayatnya disebabkan dia sakit sejak kecil.

Tetapi dia menjadi sangat obses dengan Vlad the Impaler dan Elizabeth Bathory.

Disebabkan ini dia mula bermandi dengan darah manusia dan digelar Urado.

Matanya yang menjadi besar dengan mulut yang memanjang, dia tidak lagi mempunyai rupa ketika hidup.

Malah dia sentiasa mahu membunuh orang muda yang dipercayai dapat memanjangkan jangka hayatnya.

5. Terraformars – Terra Formars

Foto: Shueisha

Inilah yang terjadi apabila lipas yang dihantar ke Marikh berevolusi.

Mereka adalah raksasa lipas berbentuk manusia yang sangat bencikan manusia.

Makhluk ini akan membunuh setiap manusia yang dijumpai mereka dengan sangat kejam sekali.

6. Parasite – Parasyte

Foto: Madhouse

Parasite sentiasa mengingatkan anda kepada cerita The Thing.

Selepas datang ke bumi, Parasite akan menjadi hos manusia atau haiwan untuk diambil-alih.

Mereka juga mampu untuk memanipulasikan badan menjadi bentuk yang sangat mengerikan di samping mempunyai perangai untuk makan manusia.

7. Tiyanak – Trese

Foto: Netflix

Tiyanak adalah kanak-kanak syaitan yang terjadi apabila mereka ditinggalkan mati di dalam hutan.

Mereka ini hidup dengan penuh kebencian kerana ditinggalkan dan akan menyerang ibu yang membuang mereka dengan penuh kejam.

8. Titans – Attack on Titan

Foto: MAPPA

Walaupun berupa manusia tetapi bentuk badan yang sentiasa tidak normal menjadikan Titan sangat menakutkan.

Titan bukan sahaja makan manusia untuk hidup tetapi ada yang hanya memakan manusia semata-mata untuk keseronokan sendiri.

Lebih menakutkan Titans sebenarnya adalah daripada serum yang menukarkan manusia menjadi raksasa tiada akal.

9. Gauna – Knights of Sidonia

Foto: Polygon Pictures

Dalam siri anime mecha Knights of Sidonia alien ini digelar Gauna.

Gauna ini tersangat kuat sehingga berjaya menghalau kesemua penduduk bumi untuk hidup di angkasa lepas.

Rupa asal mereka selalunya mempunyai penuh sesungut tetapi keupayaan untuk menukar rupa menjadi manusia membuatkan Gauna sukar untuk dibunuh.

10.The Crawling Fish – Gyo: Tokyo Fish Attack

Foto: ufotable

Ikan dengan kaki serangga bukan sesuatu yang anda lihat dalam realiti.

Tetapi hasil cerita dari Junji Ito ini mengabungkan dua elemen ini sangat menggerunkan.

Ikan Jerung yang boleh bergerak pantas di atas darat dengan kaki serangga dan menyerang manusia bukan sesuatu yang normal.

Malah bukan ikan sahaja boleh menjadi rupa ini haiwan lain dan manusia juga boleh menjadi seperti ini.

Apa lagi raksasa dari dunia anime yang sentiasa mengimbau malam anda?

RELATED NEWS

+