PUBGM versi 3.7 – peta Rondo baharu, mod bertemakan Golden Dynasty

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

PUBG MOBILE kembali dengan kemaskini versi 3.7, memperkenalkan kandungan baharu yang menarik bersempena ulangtahun ketujuh permainan ini.

Dari 6 Mac hingga 6 Mei, pemain dapat menikmati mod bertema Golden Dynasty, yang membawa mereka ke istana terapung penuh misteri, serta peta baharu Rondo, medan pertempuran terbesar dalam sejarah permainan dengan pelbagai landskap unik dan mekanik permainan inovatif.

Selain itu, pelbagai item dan senjata baharu seperti Reversal Blade, yang membolehkan pemain memanipulasi masa, turut ditambah untuk meningkatkan pengalaman pertempuran.

Sambutan ulang tahun PUBG MOBILE kali ini turut membawa kolaborasi istimewa bersama Alan Walker, menampilkan lagu ikonik seperti “On My Way” dan “Faded”, serta single baharu “Dust” bersama Robin Packalen.

Pemain juga boleh meneroka peta bertemakan Alan Walker di World of Wonder, serta menyertai Peraduan Penciptaan Walkerworld untuk peluang memenangi hadiah bernilai AS$54,500. Di samping itu, pelbagai acara khas, ganjaran eksklusif, dan pertarungan epik menanti pemain sepanjang musim ini.

Selain pembaharuan kepada mod klasik seperti Metro Royale, PUBG MOBILE turut memperkenalkan mod TEAM DEATHMATCH – WAREHOUSE untuk latihan.

Mod Kediaman pula kini menawarkan Oasis Villa dan Charming Café, bersama acara khas dan permainan mini untuk menambah keseronokan di luar medan pertempuran. Dengan peningkatan besar dalam World of Wonder serta barangan eksklusif baharu di kedai.

Kemaskini versi 3.7 menjanjikan pengalaman permainan yang lebih mendalam dan penuh kejutan.

RELATED NEWS

+