Hanya tunggu masa PlayStation 5 jailbreak akan berlaku

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sehari selepas tahun baru, konsol PlayStation 5 (PS5)  dari Sony kini hampir digodam (jailbroken) sepenuhnya.

Dilaporkan oleh Tom’s Hardware, kunci ROM (ROM Keys) PS5 telah ditiriskan di atas talian sekaligus menyebabkan sesiapa yang menyimpan kunci itu kini dalam proses untuk mendapatkan akses kepada bootloader konsol tersebut.

Apa yang membuatkan ROM Keys ini penting?

ROM Keys ini adalah satu lapisan seni bina konsol paling dalam dan penting untuk dilindungi.

Kunci ini tidak boleh diganggu hanya menggunakan kemaskini firmware.

Apabila konsol dihidupkan, konsol itu akan melalui satu konsep sekuriti digelar “Chain of Trust” dimana BootROM yang mempunyai kod di CPU ketika pembuatan untuk meneruskan langkah seterusnya.

Foto: Harvey Norman Malaysia

Sebelum ini, “jailbreak” hanya dilakukan menggunakan eksploitasi Kernel dan secara mudah boleh menggunaan perisian untuk kemaskini sistem.

Menurut laporan dari The Gamer, The Cyber Guru mengatakan kes ini sama seperti bilik kebal bank yang kehilangan master key.

Bagi Sony, jika mereka mahu mengatasi masalah ini, mereka perlu membangunkan motherboard baharu untuk kesemua konsol mereka pada masa akan datang. Ini bukan perkara mudah kerana jutaan konsol yang telah dijual kini boleh di-jailbreak.

Sony juga tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

RELATED NEWS

+