Seorang ibu dari Brazil dengan nama Cristina Kneip baru-baru ini berang dan menghancurkan PlayStation 5 (PS5)2 milik anaknya selepas anak lelaki itu menggunakan kad kredit untuk membeli barangan in-game Roblox.
Anak lelakinya dilaporkan berusia 10 tahun dan telah membelanjakan AS$2,212 (RM9,142) dengan menggunakan kad kredit ibunya.
Lebih menyakitkan hati, anaknya telah memberikan pelbagai kata-kata kesat dan menghina ibunya sendiri.
A mother destroyed her son PS5 with a hammer after he spent $2,212.62 on Roblox and cursed at her pic.twitter.com/Cm7MyiDBMO
— LASHY BILLS (@LASHYBILLS) November 26, 2025
Cristina yang kecewa dan marah dengan perangai anaknya memecahkan PS5 tersebut menggunakan tukul dan mengatakan tiada lagi selepas ini.
Video itu telah dikongsikan oleh Davi Kneip yang juga merupakan abang kepada kanak-kanak tersebut.
Davi yang juga seorang DJ yang dikenali juga mengatakan adiknya menghidap ADHD tetapi dia menyokong apa yang telah dibuat oleh ibunya.
Selepas hancurnya PS5 itu, ibunya dengan tenang memberi nasihat bahawa perkara ini berlaku kerana anak lelakinya menyakitkan hati ibunya, menggunakan wang tanpa memikirkan akibat dan juga tidak mengambil kebenaran ibunya untuk menggunakan kad kredit.

setahun yang lepas