HOK: ONIC Esports berada di kedudukan genting bagi IKL Spring 2025

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

IKL Spring 2025 kini memasuki minggu kedua dan menyaksikan persaingan semakin sengit di antara 10 pasukan terbaik, termasuk lapan pasukan jemputan serta dua pasukan dari pusingan kelayakan terbuka. Kejohanan ini berlangsung dari 11 April hingga 1 Jun, menampilkan aksi mendebarkan dari pelbagai pasukan ternama yang bersaing untuk menempah tempat ke peringkat playoff dan KWC 2025.

Dominator Esports tampil konsisten sepanjang dua minggu pertama dengan rekod tanpa kalah. Selepas menumbangkan Alter Ego Enma dan Mahadewa Esports pada minggu pertama, mereka meneruskan momentum dengan menewaskan Team Nemesis, RRQ, dan Kagendra. Kini, mereka menduduki tangga teratas kumpulan   Tyrant tanpa sebarang kekalahan, membuktikan dominasi mereka sebagai calon juara utama.

Dalam kumpulan Overlord pula, persaingan lebih terbuka dengan Bigetron Esports dan Talon Esports masing-masing mengutip tiga kemenangan dan satu kekalahan. Kedua-dua pasukan ini bersaing rapat untuk merebut posisi teratas, menjadikan laluan ke playoff semakin mendebarkan buat para penyokong.

Sementara itu, RRQ akhirnya mencatat kemenangan sulung selepas tewas dalam beberapa perlawanan awal. Mereka berjaya menewaskan Alter Ego Enma, sekali gus ‘pecah telur’ di minggu kedua. Namun, nasib berbeza menimpa ONIC Esports yang masih gagal mencatat sebarang kemenangan. Dengan hanya beberapa minggu lagi sebelum fasa penentuan, mereka perlu bangkit segera jika mahu kekal dalam persaingan ke pentas playoff dan KWC 2025.

RELATED NEWS

+