Honor of Kings mengumumkan sebanyak AS$15 juta (RM66 juta) jumlah peruntukan bagi kelangsungan e-sukan permainan itu sepanjang tahun ini. Ia termasuklah penubuhan liga-liga di rantau-rantau terpilih selain Brazil yang sudah pun mempunyai liga tersendiri:

Foto: Level Infinite
Malaysia: Malaysia Kings League (MKL)
Filipina: Philippines Kings League (KPL)
Indonesia: Indonesia Kings Laga (IKL)
Asia: Major East League (KME)
Barat: Major West League (KMW)
Wildcard: Wildcard Kings League (WKS)

Foto: Level Infinite
Di Malaysia, sebanyak empat pasukan akan menjadi ‘partner team’ iaitu Black Shrew Esport (BSE), Nova Esports, Team Secret dan Todak. Empat lagi pasukan adalah menerusi kelayakan terbuka diadakan.

Foto: Level Infinite
MKL akan bermula pada April ini dan sebanyak tiga pasukan teratas akan layak terus ke Piala Dunia Esukan (EWC) pada Julai tahun ini.
Sementara itu, penutup bagi esukan kompetitif HOK tahun ini adalah Kejohanan Antarabangsa HOK pada bulan November kelak.

Foto: Level Infinite
Mereka juga mengumumkan siri kampus, terbaru dalam kalendar kompetitif mereka dengan hadiah wang tunai terkumpul AS$100,000. Sebanyak 92 rantau akan menyertai kejohanan kampus ini kelak.
Selain itu, Siri Terbuka diadakan mereka pada tahun ini juga menerima sebanyak lebih 150,000 pendaftaran setakat ini. Ia dijalankan dengan dua kali split.
Sumber rujukan: ONE Esports

setahun yang lepas