Honor of Kings kini mengumumkan kolaborasi menarik bersama salah satu siri anime yang popular iaitu Bleach: Thousand-Year Blood War. Dari 28 Jun hingga 16 Julai ini, pemain akan dapat bermain acara eksklusif, mod perlawanan unik dan koleksi skin yang diidamkan.
Empat skin kolaborasi dilancarkan iaitu Ichigo Kurosaki (Musashi), Byakuya Kuchiki (Feyd), Uryu Ishida (Hou Yi) dan Shihakusho (Bai Qi).

Mod baharu iaitu Support Strike juga diperkenalkan di mana pemain boleh mengumpul fragment semasa perlawanan dengan mendapatkan mata dari pemusanahan turret, menewaskan minion, raksasa, naga atau hero. Anda boleh memanggil Byakuya atau Ichigo melalui portal Seenkaimon untuk menggantikan hero anda buat sementara waktu.
Terdapat pelbagai lagi ganjaran dan acara lain berlangsung dalam permainan. Log masuk sekarang untuk mengalami sendiri alam kegelapan BLEACH dan anda berpeluang menebus skin Ishida masa terhad.

setahun yang lepas