Honor of Kings server Global nyata mendapat sambutan yang baik sejak pelancarannya bulan lalu.
Permainan mudah alih MOBA ini berjaya mencatatkan 50 juta muat turun dan lebih AS$100 juta (RM468 juta) hasil pendapatan diraih pada bulan pertama sahaja.
Pengumuman muat turun ini dibuat di laman rasmi Twitter Honor of Kings.
In less than a month, Honor of Kings has surpassed 50,000,000 downloads worldwide!
We will continue to uphold the philosophy of creating the best MOBA game for players and we have gifts for you, so don’t forget to claim them!#HonorOfKings
Download Now: https://t.co/4GRLTKzZXa pic.twitter.com/qzREcF1ENo— Honor of Kings (@HonorOfKings) July 20, 2024
Honor of Kings versi Global mendapat penerimaan yang baik walaupun sudah lama dilancarkan di China pada November 2015.
Jumlah hasil pendapatan Honor of Kings direkodkan daripada laman sesawang AppMagic.

Di negara China dahulu, King of Glory (HOK versi China) memecahkan banyak rekod dan menjadi permainan mudah alih pertama yang mencapai hasil AS$10 bilion (RM46 bilion) pada tahun 2021.
Rekod ini masih rendah jika hendak dibandingkan dengan Honkai Star Rail dan Genshin Impact yang dibuat oleh HoYoverse.

setahun yang lepas